TERMA DAN SYARAT

Terma penggunaan dan dasar privasi yang tertakluk di laman sesawang www.nsummit3.com ini ditaja oleh NCIG (M) SDN BHD yang diperbadankan di Malaysia dengan pejabat berdaftarnya di PT 7024, Kawasan Industri Kecil, Taman Gunung Mas, 73000 Tampin, Negeri Sembilan, Malaysia.

Dengan mengakses laman sesawang ini, anda bersetuju untuk mengikut Terma dan Syarat yang disediakan, semua undang-undang dan peraturan yang berkenaan, dan bersetuju untuk mematuhi mana-mana undang-undang tempatan yang berkenaan. Jika anda tidak bersetuju dengan syarat-syarat ini, anda dilarang mengguna atau mengakses laman sesawang ini. Bahan-bahan yang terkandung di dalam laman sesawang ini telah dilindungi oleh Akta Hakcipta 1987 dan Peraturan-Peraturan Cap Dagangan 2019. Pengguna laman sesawang juga WAJIB terikat dengan Terma dan Syarat Perkhidmatan laman www.nsummit3.com

1. Tafsiran

1.1     Di dalam Terma dan Syarat ini, melainkan dikehendaki sebaliknya oleh konteks yang berkaitan, ungkapan-ungkapan berikut membawa maksud sebegini:

1.1.1  “Virtual NSUMMIT3 LIVE from Tampin” bermaksud penyiaran secara langsung acara maya pelancaran keluaran produk NCIG3 baharu dan penerangan peluang penjanaan pendapatan tanpa modal di laman media sosial YouTube dan Facebook ‘NCIG Malaysia’, di bawah kawalan NCIG (M) SDN BHD yang diperbadankan di Malaysia dengan pejabat berdaftarnya di PT 7024, Kawasan Industri Kecil, Taman Gunung Mas, 73000 Tampin, Negeri Sembilan, Malaysia.;

1.1.2  “NCIG3” bermaksud produk keluaran baharu pada 28 November 2020 di bawah kawalan NCIG (M) SDN BHD;

1.1.3  “Zero-cost” bermaksud tidak memerlukan pengeluaran modal perniagaan untuk membuka kedai, mengeluarkan produk dan membuat servis penghantaran barang, tidak termasuk belanjawan peribadi kendiri;

1.1.4  “Cash Lucky Draw” bermaksud pertandingan cabutan bertuah untuk memenangi hadiah-hadiah berupa wang tunai dalam Ringgit Malaysia (RM) untuk penonton Virtual NSUMMIT3 yang bertuah sahaja (nombor Lucky Draw yang diaktifkan pada 28 November 2020);

1.1.5  “NCARE” bermaksud bermaksud laman e-commerce www.ncare.life di mana anda boleh membeli barangan NCIG secara atas talian, di bawah kawalan NCIG (M) SDN BHD;

1.1.5  “Menang Tunai” bermaksud kempen pemberian ganjaran kepada pengguna-pengguna produk NCIG3 secara cabutan bertuah berbentuk hadiah-hadiah barangan NCIG dan wang tunai Ringgit Malaysia;

1.1.6 “Perkhidmatan” bermaksud perkhidmatan-perkhidmatan yang dijelaskan di Perenggan 2;

1.1.6  “Terma dan Syarat” bermaksud terma-terma dan syarat-syarat ini seperti yang dipinda dari masa ke masa berdasarkan perenggan 8(1);

1.1.7  Terma dan Syarat berikut menetapkan keseluruhan perjanjian dan persefahaman di antara anda dan NCIG (M) SDN BHD berkenaan dengan penggunaan Perkhidmatan di perenggan 2 tersebut.

2. Perkhidmatan

2.1  Perkhidmatan yang disediakan untuk anda adalah penyiaran PERCUMA secara langsung acara maya pelancaran keluaran produk NCIG3 baharu dan penerangan peluang penjanaan pendapatan tanpa modal di laman media sosial YouTube dan Facebook ‘NCIG Malaysia’.

2.2  Anda akan membekalkan maklumat nama, e-mel dan nombor telefon kepada NCIG (M) SDN BHD bertujuan mendapatkan e-ticket untuk menonton Virtual NSummit3 LIVE from Tampin dan untuk menyertai pertandingan cabutan bertuah Cash Lucky Draw.

2.3  NCIG (M) SDN BHD akan menganggap bahawa sebarang pihak yang menggunakan e-ticket anda sebagai diri anda sendiri atau seseorang yang diberi kuasa oleh anda.

2.4  Acara Virtual NSUMMIT3 LIVE from Tampin tidak mempromosikan skim atau program pelaburan cepat kaya. Semua peluang yang dikongsi kepada orang ramai adalah inisiatif berasaskan usahawan yang TIDAK memerlukan pelaburan modal (zero-cost).

2.5  Kempen ‘Menang Tunai’ ialah kempen ganjaran cabutan bertuah untuk pengguna-pengguna NCIG3 sahaja, dan tidak mengandungi sebarang unsur-unsur perjudian ataupun riba seperti tapi tidak terhad kepada: skim cepat kaya dan wang faedah.

3. Pembayaran untuk Perkhidmatan

3.1  NCIG (M) tidak akan mengenakan sebarang caj perkhidmatan untuk sesiapa yang ingin menyaksikan acara maya siaran langsung ‘Virtual NSUMMIT3 LIVE from Tampin’, yang ingin menyertai pertandingan cabutan bertuah ‘Cash Lucky Draw’, dan kempen ‘Menang Tunai’.

4. Penafian

4.1  Walaupun NCIG (M) SDN BHD telah menggunakan usaha terbaiknya untuk memastikan laman sesawang ini akan berfungsi dengan baik, pihak kami tidak menjamin prestasi 100% laman tersebut.

4.2  NCIG (M) SDN BHD tidak menjamin ketersediaan Perkhidmatan tersebut, ketepatan data atau maklumat yang disediakan menerusi Perkhidmatan tersebut.

4.4  Pembatasan dan pengecualian yang telah disebut adalah tergunapakai setakat dibenarkan oleh undang-undang.

5. Data Peribadi dan Privasi

5.1  Anda mungkin diminta menyerahkan maklumat peribadi kepada NCIG (M) SDN BHD sebelum menggunakan fungsi-fungsi tertentu Perkhidmatan di perenggan 2 tersebut.

5.2  Anda bersetuju bahawa NCIG (M) SDN BHD boleh menggunakan data peribadi anda (iaitu nama, e-mel dan nombor telefon anda) seperti yang diberikan kepada NCIG (M) SDN BHD di laman sesawang www.nsummit3.com dari masa ke masa apabila anda menggunakan Perkhidmatan di perenggan 2 tersebut.

5.3  Anda bersetuju bahawa NCIG (M) SDN BHD berhak mengumpul, menggunakan, menyimpan dan mengemaskini data peribadi anda sepertimana dan sejauh mana yang perlu apabila NCIG (M) SDN BHD menyediakan Perkhidmatan sebagaimana yang dinyatakan di perenggan 2 kepada anda, dan anda mengesahkan bahawa data peribadi yang anda berikan adalah benar, sahih dan terkini.

5.4  Anda juga bersetuju bahawa pengumpulan, penggunaan, penyimpanan dan pemindahan data peribadi anda adalah secara amnya tertakluk kepada dasar privasi dan pernyataan pengumpulan data peribadi seperti di perenggan 5(1), 5(2) dan 5(3); dan anda mengakui bahawa anda telah membaca dan memahami kesemuanya sebelum mempersetujui Terma dan Syarat ini.

6. Lain-lain

6.1  NCIG (M) SDN BHD berhak dari masa ke masa menukar kandungan Terma dan Syarat ini di “www.nsummit3.com”;

6.2  Terma dan Syarat ini akan ditadbir oleh dan ditafsirkan berdasarkan undang-undang Malaysia;

6.3  Anda akur kepada bidang kuasa tidak eksklusif Mahkamah Malaysia.

6.4  NCIG (M) SDN BHD berhak meminda Terma dan Syarat di atas pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

7. Peraturan Penggunaan

7.1  Anda tidak akan menggunakan Perkhidmatan tersebut bagi mendorong sebarang tindakan yang melanggar undang-undang.

7.2  Anda tidak akan menggunakan Perkhidmatan tersebut dengan apa jua cara untuk mengesan, menguntit (stalking), mengganggu atau menyakiti mana-mana individu.

7.3  Anda tidak akan, dengan apa jua cara, mengganggu atau memusnahkan operasi Perkhidmatan tersebut atau mencabuli terma dan syarat yang telah diketengahkan apabila menggunakan Perkhidmatan tersebut.

7.4  Anda tidak akan menggunakan identiti orang lain di semasa menggunakan Perkhidmatan tersebut.

8. Promosi

8.1  NCIG (M) SDN BHD menjalankan kempen promosi dari masa ke masa. Semua promosi yang disediakan adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan dan undang-undang yang sedia ada. NCIG (M) SDN BHD berhak meminda, menggantung atau menamatkan keperluan-keperluan ini atau Terma dan Syarat berkenaan pada bila-bila masa dan NCIG (M) SDN BHD boleh menarik balik tawaran promosinya mengikut budi bicara tanpa notis.

How to contact us

If you have any questions about our term and conditions, the data we hold on you, or you would like to exercise one of your data protection rights, please do not hesitate to contact us.

Copyright © 2020 NCIG (M) Sdn. Bhd. All rights reserved.